Pelajar undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tasnim Shah mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila menaiki penerbangan kelas pertama Emirates.
Ramai pengguna internet Malaysia mempersoalkan bagaimana seorang pelajar UiTM, universiti yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pendidikan Bumiputera yang kurang berkemampuan, mampu membeli tiket penerbangan ke Dubai yang mudah mencecah sehingga RM25,000.
https://twitter.com/chairman_GLC/status/1510564959318843395
Melalui komunikasi dengan seorang pengguna Twitter terkemuka yang lain, pelajar itu mempertahankan pendaftarannya di UiTM dengan mendakwa bahawa beliau kurang berkemampuan pada masa mendaftar masuk ke universiti itu, tetapi sejak itu berjaya mengumpul wang untuk penerbangan tersebut dengan mengambil kerja peragaan dan tawaran jenama.
https://twitter.com/CeddyOrNot/status/1510556530042900483?t=Gy0Io2-PZd3w4v2ogiNGVg&s=19
Kesahihan dakwaannya bahawa beliau kurang berkemampuan pada masa pendaftaran ke UiTM sejak itu dibantah ramai yang mendakwa bahawa beliau dilahirkan dalam keluarga kaya dan gaya hidupnya di media sosial tidak sepadan dengan dakwaannya pernah kurang berkemampuan.
Kontroversi ini membangkitkan satu persoalan menarik untuk kita renungkan, adakah UiTM hanya melayani pelajar Bumiputera daripada latar belakang kurang berkemampuan, atau mereka juga menerima pendaftaran pelajar Bumiputera yang berada?
Menurut syarat am pendaftaran universiti seperti yang dinyatakan di laman webnya, universiti itu nampaknya tidak mendiskriminasi pelajar berdasarkan status ekonomi dan latar belakang mereka.
Justeru, secara hipotesis, bahkan anak-anak bilionair dan jutawan berganda pun layak masuk ke universiti itu dan menikmati manfaat subsidi kerajaan yang UiTM berikan kepada semua pelajarnya, asalkan mereka Bumiputera.
Perkara ini membimbangkan kerana institusi itu menerima peruntukan kerajaan berbilion ringgit setiap tahun. Pada tahun 2021 sahaja, institusi itu menerima peruntukan sebanyak RM1.1732 bilion. Adalah suatu yang malang jika peruntukan sebegini digunakan untuk memberi manfaat kepada pelajar Bumiputera daripada latar belakang kaya berbanding mereka yang paling memerlukannya.
Mungkin sudah tiba masanya kerajaan meneliti semula sama ada institusi seperti UiTM yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera kurang berkemampuan masih menepati tujuan asalnya.
⌕
